MASYA'ALLAH...8 alasan wanita enggan
menutup aurat:
". Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?
Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup
aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai
untuk mereka.
1.
Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? -Yang pasti, tak tutup aurat,
kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh
pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak
mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah
Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah
dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya
baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau
bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit
larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi
berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam,
dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia
insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami
pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau
mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia
sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke
ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani
menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi
untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa
yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau
tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak
bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau
diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk
syurga?
8. Sukahati
kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami
serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka
tidak menegur dan gagal mendidik kau.
SABaaaaaR.....
Dari
sudut :
Bahasa: "menahan
atau mengekang"
Istilah:" menahan
diri daripada sifat gelisah, emosi, menahan lisan daripada mengeluh serta
naggota badan dari perbuatan tak terarah.
·
Sabar sesuatu yang sangat indah, dan tidak sukar untuk
kita bersabar.
·
Ganjaran untuk orang yang sabar ialah
"SYURGA".
·
Sabar dalam mentaati perintah Allah
·
Sabar dari meninggalkan solat
·
Sabar ketika ditimpa musibah
·
"Milikilah keindahan sabar"
Hanya orang yang beriman boleh diperingatkan sabar, kerana pada minda dan
jiwa mereka ada pembalasan.
Firman Allah bermaksud:
"Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu akan
memberi manfaat kepada orang yang beriman" (Surah al-dhariyat
51:55)
Orang tidak beriman atau lemah imannya akan marah, rasa disindir,
dieksploitasi dengan kalimah sabar yang dipesan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment