Wednesday 16 May 2012

LOGO & MOTO UNIT BIMBINGAN & KERJAYA KKTM P.MAS

UBK KKTM P.MAS


RAJAH DI ATAS MENUNJUKKAN LOGO UBK KKTM P.MAS. MOTTONYA IALAH "COUNSELLING FOR BETTER GROWTH".
  • Jika kita lihat, terdapat 5 warna di Logo ini, setiap warna dan lambang mempunyai maksudnya yang tersendiri.
  • Warna ungu disekeliling logo ini melambangkan unsur teraputik, merawat, ketenangan, mengubat, unsur mendengar, empati (masuk ruang rujuk), menerima, mendengar, memahami.
  • Warna oren melambangkan keceriaan, keyakinan, ketegasan yang lahir dari dalam diri. ia juga melambangkan kekuatan yang ada pada diri seseorang.
  • Warna putih sebagai latarbelakang logo UBK KTTM PMAS ini bermaksud kesucian, bersih, tiada unsur-unsur penindasan, memonopoli, mengeksploitasi individu yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling. 
  • Tangan yang menggenggam yang berwarna kelabu menunjukkan yang sifat menolong dan memberi pertolongan yang tinggi dalam diri kaunselor bagi membantu seseorang yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
  • Jika kita lihat, tangan tersebut menggenggam moto unit kaunseling iaitu "COUNSELLING FOR BETTER GROWTH", ia bermaksud kaunseling membantu seseorang individu untuk pertumbuhan lebih baik, amat selaras dan kena dengan moto unit kaunseling ini.
  • Bentuk seakan-akan mentol lampu yang menyala pula melambangkan individu yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling akan mendapat insight (celik akal). Ia akan mencapai tahap penyembuhan dan terasa terubat. Catarsis atau pengluahan perasaan yang tinggi dapat dicapai oleh individu, ini membuatkan individu berasa satu kelegaan dan terubat.
JADI JIKA SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DI UBK KKTM P.MAS, DAN INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG UNIT BIMBINGAN DAN KERJAYA KKTM PASIR MAS, BOLEHLAH  DATANG KE UBK KKTM PMAS DAN MEMBUKA BLOG UBK KKTM PMAS

"PARA PELAJAR DAN KAKITANGAN KKTM P.MAS AMAT DIALU-ALUKAN. PIHAK KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA!!!".

No comments:

Post a Comment