Tuesday 24 April 2012

UNIT BIMBINGAN DAN KERJAYA (UBK)

Unit Bimbingan dan Kerjaya (UBK) Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas telah diwujudkan seawal penubuhan KKTM. Ia diwujudkan atas dasar melihat kepada keperluan perkhidmatan kaunseling di KKTM. Unit Bimbingan ini diterajui oleh seorang kaunselor iaitu En. Mohd Muzam'mi bin Yahya. Dalam usaha untuk mengaktifkan unit kaunseling, pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Kerjasama antara warga KKTM telah  banyak membantu perkembangan Unit Bimbingan dan Kerjaya (UBK) KKTM P.Mas. Kerahsiaan perkhidmatan amat ditekankan sejajar dengan etika yang digariskan oleh Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor. 

Motto UBK ini ialah "Counselling For Better Growth" atau dalam erti kata yang lain kaunseling adalah untuk pertumbuhan / perkembangan yang lebih baik. Jadi perkhidmatan yang ditawarkan mampu memberi perubahan positif pada diri seseorang dari segi emosi, kognitif, tingkahlaku. Celik akal seseorang yang mendapatkan perkhidmatan amat ditekankan. Amatlah perlu untuk membolehkan seseorang mengetahui kekuatan, kelemahan yang ada pada diri bagi membolehkan seseorang terus berkembang ke arah lebih baik. 

"COUNSELLING FOR BETTER GROWTH"

Sunday 22 April 2012

"KELEBIHAN RAWATAN KAUNSELING"

ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHANNYA IALAH:
  • Luahan anda didengari
  • Mengurangkan tekanan yang dihadapi
  • Membantu anda mengenalpasti permasalahan sebenar
  • Membantu anda mencari alternatif-alternatif untuk penyelesaian masalah
  • Membantu anda mengenalpasti potensi diri
  • Membantu anda menganalisa pandangan & tingkahlaku yang menganggu
  • Lebih berkeyakinan
  • Jaminan kerahsiaan berdasarkan etika kaunseling

Saturday 21 April 2012

Jom Kenali UBK KKTMPMAS

APA ITU KAUNSELING?

* satu proses perhubungan menolong yang berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian terhadap diri pelajar berlandaskan etika kaunseling.

VISI

* Memberi perkhidmatan yang profesional

MISI

* Menjadi sebuah Unit Kaunseling yang menjadi tempat utama pilihan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

OBJEKTIF

* Menjadi sebuah unit perhubungan menolong yang selamat dan selesa kepada pelajar
* Menjadikan profesion menolong sebagai bidang baru yang di pandang oleh pelajar dan staff KKTM P.Mas untuk mendapatkan perkhidmatan
* Menjalankan sesi kaunseling aktiviti/ program yang membantu ke arah kesejahteraan, superiority & peningkatan self esteem pelajar kenali kami UBK KKTM PMAS

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

* Kaunseling individu
* Kaunseling Kelompok
* Mengenali Personaliti Diri melalui ujian-ujian personaliti
* Lain-lain ujian seperti ujian kecerdasan, ujian gaya bercinta
* Lain-lain

ISU-ISU YANG BOLEH DIBINCANGKAN

* Akademik * Sosial/Pergaulan * Kerjaya * Disiplin
* Keluarga * Peribadi/Tingkahlaku * Lain-lain