Tuesday 24 April 2012

UNIT BIMBINGAN DAN KERJAYA (UBK)

Unit Bimbingan dan Kerjaya (UBK) Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas telah diwujudkan seawal penubuhan KKTM. Ia diwujudkan atas dasar melihat kepada keperluan perkhidmatan kaunseling di KKTM. Unit Bimbingan ini diterajui oleh seorang kaunselor iaitu En. Mohd Muzam'mi bin Yahya. Dalam usaha untuk mengaktifkan unit kaunseling, pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Kerjasama antara warga KKTM telah  banyak membantu perkembangan Unit Bimbingan dan Kerjaya (UBK) KKTM P.Mas. Kerahsiaan perkhidmatan amat ditekankan sejajar dengan etika yang digariskan oleh Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor. 

Motto UBK ini ialah "Counselling For Better Growth" atau dalam erti kata yang lain kaunseling adalah untuk pertumbuhan / perkembangan yang lebih baik. Jadi perkhidmatan yang ditawarkan mampu memberi perubahan positif pada diri seseorang dari segi emosi, kognitif, tingkahlaku. Celik akal seseorang yang mendapatkan perkhidmatan amat ditekankan. Amatlah perlu untuk membolehkan seseorang mengetahui kekuatan, kelemahan yang ada pada diri bagi membolehkan seseorang terus berkembang ke arah lebih baik. 

"COUNSELLING FOR BETTER GROWTH"

No comments:

Post a Comment